25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Janusha terima ucapan tahniah daripada Agong, Permaisuri

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini menjadi pegawai wanita pertama negara tamat latihan di Akademi Laut Amerika Syarikat (USNA)

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah menzahirkan ucapan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Janusha Bala Krishnan Muthiah dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ucapan berkenaan diberikan susulan pencapaian Janusha yang menjadi pegawai wanita pertama negara yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).

Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook menyatakan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini mencipta sejarah sebelum ini apabila dia menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke sana sejak tahun 1971.

“PKK Janusha telah mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada tahun 2018 selama empat tahun bersama 1,085 pelatih dari Amerika Syarikat dan 14 pelatih dari luar Amerika Syarikat,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, kejayaan PKK Janusha menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di salah sebuah pusat latihan tentera terbaik di dunia ini membuktikan kewibawaan dan kemampuan wanita muda Malaysia untuk bersama bersaing di dalam bidang yang lebih dipelopori oleh kaum lelaki.

“Lebih bermakna, Majlis Tamat Pengajian yang penuh gemilang telah disempurnakan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan turut dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Tentera Laut Amerika bersama Duta serta Penasihat-penasihat Pertahanan dari pelbagai negara.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang ini menjadi suntikan semangat kepada beliau dan juga warga TLDM untuk terus bekerja keras dan mencapai kejayaan di masa hadapan di dalam bidang ketenteraan,” katanya.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada PKK Janusha dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan