26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023

KKM cari strategi atasi kekurangan bekalan ubat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mencari strategi bagi penyelesaikan jangka masa sederhana dan panjang berhubung isu kekurangan bekalan ubatan termasuk meneroka sumber baharu atau bekerjasama dengan industri farmaseutikal tempatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau sudah meminta Ketua Setiausaha (KSU) KKM untuk melihat kepada isu gangguan bekalan ubatan itu terutama di klinik swasta dan farmasi pada masa ini.

Katanya, kekurangan ubat-ubatan tersebut melibatkan ubat biasa seperti untuk kanak-kanak, demam, selsema, antibiotik dan sebagainya disebabkan masalah rantaian bekalan.

“Untuk jangka masa sederhana dan panjang pula, saya telah minta KSU KKM supaya gangguan bekalan ubatan ini kalau berlarutan, apa strategi kita.

“Sama ada mencari pasaran baharu termasuk mungkin negara sebelum ini tidak diterokai atau kerjasama rapat dengan industri farmaseutikal tempatan untuk pastikan pasaran tempatan dapat bangunkan rantaian supaya tidak terjejas,” katanya pada sidang akhbar sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini hari ini, lapor Kosmo!.

Baca juga:   Covid-19: 524 daripada 22,341 kes baharu babitkan kes import

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekurangan bekalan ubatan yang dilaporkan pada masa ini hanya melibatkan klinik swasta dan farmasi manakala, bekalan di fasliti KKM termasuk hospital dan klinik kesihatan masih mencukupi.

“Untuk fasiliti KKM, tiada kekurangan ubat-ubatan dan ia masih mencukupi. Kita memastikan supaya stok bekalan di KKM mencukupi, ada sedikit kekurangan di klinik swasta dan farmasi.

Baca juga:   Kes harian 27,831 dengan 99.65 peratus kategori 1 dan 2

“Saya sudah arahkan perkhidmatan farmasi supaya bekerjasama rapat dengan Persatuan Farmasi Malaysia dan pengeluar ubat di Malaysia supaya mencari bekalan alternatif kalau berlaku kekurangan berterusan,” katanya.

Wartawan

Terkini

KPM baik pulih gangguan capaian sistem aplikasi PBD

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan penambahbaikan pada peringkat rangka kerja (framework) pangkalan data dan pengaturcaraan aplikasi utama guru bagi...

Lagi Artikel Berkaitan