24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerajaan lihat semula undang-undang kebankrapan – PM

Beliau bimbang dengan peningkatan kes kebankrapan dalam kalangan belia pada masa kini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan melihat semula undang-undang berkaitan kebankrapan bagi membantu golongan muda seperti mana dibangkitkan Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan akan dilakukan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, kerajaan pernah menaikkan nilai ambang kebankrapan dan menangguhkan tindakan undang-undang pada 2020 berikutan pandemik Covid-19, namun nilai itu kemudian diturunkan semula.

“Saya juga bimbang melihat kepada jumlah yang ada ketika ini (kebankrapan golongan muda) dan bimbang jika jumlah itu melonjak naik. Percayalah agenda anak-anak muda menjadi keutamaan kerajaan. 

“Insha Allah saya akan berbincang dengan Menteri Undang-Undang untuk melihat akta serta undang-undang tersebut dan saya juga akan berjumpa Gabenor Bank Negara untuk melihat dari segi undang-undang jika boleh ditangguhkan lagi,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sijil kepada rakan emas Karnival Kerjaya Belia Barisan Nasional 2022 di WTC Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Karnival Kerjaya Belia Barisan Nasional (BN) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Berhubung Karnival Kerjaya Belia BN 2022 itu, Ismail Sabri berkatam karnival berkenan adalah kesinambungan usaha murni dalam membantu Keluarga Malaysia, khususnya golongan muda di kawasan sekitar untuk mendapatkan kerja.

Menurutnya, pelbagai usaha dan tindakan oleh Kerajaan bagi mempastikan rakyat dan seluruh Keluarga Malaysia mendapatkan pekerjaan.

“Saya berHarap usaha pihak Kerajaan ini akan mendapat sokongan Pemuda BN untuk menguar-guarkan usaha ini dan membantu Kerajaan untuk menangkis kritikan daripada pembangkang.

“Saya difahamkan, lebih 20,000 kekosongan jawatan dari lebih 200 majikan mengambil bahagian dalam program temuduga terbuka hari ini.

Advertisements

Beliau turut memberikan nasihat kepada pihak majikan untuk memberikan peluang kepada pencari kerja jika mereka didapati sesuai dan menepati syarat yang ditetapkan organisasi.

“Kepada pencari kerja pula, buat yang terbaik semasa sesi temuduga dan sentiasa berfikiran positif dan cepat bertindak agar kita tidak terlepas peluang kerja di depan mata.

“Saya difahamakan tawaran pekerjaan akan dikeluarkan pada hari ini juga,” katanya.

Untuk rekod, pada tahun ini kerajaan menyasarkan peluang pekerjaan sehingga 600,000 dengan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion melalui inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia.

“Di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) juga, saya telah membentangkan pelan jangka sederhana bagi sektor pekerjaan negara menerusi Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan

2021-2025 yang akan diperkenalkan bagi menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran buruh.

“Justeru, Kerajaan mengalu-alukan penganjuran Karnival Kerjaya ini, yang merupakan kesinambungan daripada kejayaan penganjuran sebelum ini, supaya dapat membantu mengurangkan penggangguran melalui Polisi Pasaran Buruh Aktif.

“Karnival Kerjaya ini dilaksanakan sejak Oktober 2021 sebagai sokongan kepada komitmen Kerajaan bagi menjamin kelangsungan Keluarga Malaysia memiliki kehidupan yang baik selepas pandemik Covid-19,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan