31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kerajaan berhati-hati perkembangan global khusus bekalan makanan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini khususnya isu bekalan makanan dan kenaikan harga bahan makanan yang menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi menangani krisis ekonomi yang berlaku akibat pandemik dan konflik Rusia-Ukraine, kerajaan telah merangka tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menstabilkan bekalan dan harga makanan.

Menurut beliau, krisis berkenaan mengakibatkan Malaysia, rantau Asia serta rantau lain di dunia mendapat bahananya, dengan rantaian bekalan global terjejas akibat fenomena itu menyebabkan harga bahan makanan dunia meningkat melebihi 30 peratus.

“Menerusi tindakan jangka pendek, kerajaan mengumumkan untuk membatalkan kelulusan kuota import (AP) barangan makanan dari luar negara serta merta dan menyekat pengeksportan ayam ke luar negara.

“(Selain itu) memperkenalkan bantuan kewangan secara terus kepada rakyat terutamanya golongan B40 mulai 1 Julai ini, mewujudkan Tabung Agromakanan dengan dana berjumlah RM500 juta melalui pemberian pinjaman mudah kepada pemain-pemain industri agromakanan dan mewujudkan stok penimbal untuk ayam, daging dan ikan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika merafak sembah ucapan tahniah sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara, di sini hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi,
lima langkah jangka pendek berkenaan merupakan pendekatan dalam melindungi seluruh Keluarga Malaysia daripada beban kenaikan harga barangan, selain pelbagai
subsidi yang dijangka mencecah RM71 bilion tahun ini.

Menurutnya lagi, langkah jangka pendek berkenaan disusuli dengan beberapa langkah
jangka masa sederhana dan jangka masa panjang untuk menstabilkan bekalan dan harga makanan.

Dalam pada itu,
Perdana Menteri berkata bagi memastikan setiap Keluarga Malaysia tidak tercicir dalam arus pembangunan negara, Kerajaan sentiasa menambah baik program agenda perlindungan sosial di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan telah melaksanakan fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia pada bulan lepas, melibatkan 80 lokaliti bandar, luar bandar termasuk perkampungan Orang Asli bagi membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

“Kehidupan rakyat miskin dan berpendapatan rendah terus dibela, supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan