24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tangani ‘defisit keyakinan’ terhadap keupayaan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar sebarang ‘defisit keyakinan’ yang wujud terhadap keupayaan negara ditangani segera bagi membolehkan negara bangkit semula di persada dunia.

Bagi mencapai hasrat tersebut, Al Sultan Abdullah bertitah, negara memerlukan sebuah kerajaan stabil serta didokong dengan sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus cekap, telus, berintegriti serta mesra rakyat.

“Demi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan negara sebagai pilihan pelaburan utama di rantau ini, ia menuntut persefahaman dan pengorbanan semua pihak untuk mewujudkan landskap politik stabil dan berterusan.

“Beta benar-benar berharap agar segala percaturan politik dapat diselesaikan segera demi untuk mengelak negara daripada terus terjerumus ke ke kancah ‘defisit keyakinan’ yang boleh menjejaskan imej dan masa depan Malaysia,” titah Al Sultan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda di Istana Negara tadi, lapor Kosmo!.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, barisan pemimpin tidak ubah seperti ‘ bagai condong yang akan menongkat, bagai rebah yang akan menegak’ kerana menjadi sandaran kepada rakyat.

“Kebahagiaan dan kesusahan rakyat merupakan cerminan diri yang wajib digalas oleh setiap pemimpin.

Advertisements

“Kerana itu, beta menyanjung tinggi inisiatif pengukuhan perlindungan sosial yang dilaksanakan kerajaan termasuklah program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.

“Beta menaruh harapan tinggi agar program ini akan dapat mencapai sasarannya untuk menghapuskan miskin tegar menjelang tahun 2025 selain menangani masalah kelangsungan hidup yang membelenggu segelintir rakyat termasuklah kos sara hidup tinggi disamping peningkatan harga komoditi industri dan makanan,” titahnya.

Seri Paduka turut bertitah agar sekuriti makanan perlu ditangani dengan segera terutama dalam keadaan dunia yang menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini.

“Nasihat beta usahlah wujud bibit pertikaian apabila setiap kali negara berhadapan dengan masalah seperti makanan dan peningatan kos sara hidup, kita semua seharusnya fokus kepada membantu memulihkan kemaslahatan rakyat.

“Sikap ‘bila sudah merah, kapur salahkan kunyit dan kunyit salahkan kapur’ tidak akan dapat membantu dan membela nasib rakyat beta yang terhimpit dengan pelbagai dugaan,” titahnya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan