24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 16, 2022

Shahrukh Khan, Katrina Kaif positif COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BINTANG Bollywood tersohor, Shahrukh Khan disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan, lapor akhbar Indian Express semalam.

Perkara tersebut disahkan Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee dalam satu kenyataan di laman Twitter. Dalam kenyataannya, beliau turut mendoakan agar Shahrukh segera sembuh.

Baru mendapat berita bahawa Shahrukh didapati positif COVID-19. Semoga dia segera sembuh dan kembali aktif dalam industri hiburan seperti biasa,” tulis Mamata.

Shahrukh mahupun wakil pihak pengurusannya bagaimanapun masih belum tampil dengan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, aktres Bollywood, Katrina Kaif turut dilaporkan positif wabak tersebut dan telah menamatkan tempoh kuarantin wajib.

Dikatakan bahawa Katrina terpaksa menjadualkan semula penggambaran untuk filem Merry Christmas Sriram Raghavan yang turut dibintangi oleh Vijay Sethupathi selepas dia dimaklumkan tentang perkara itu. – Agensi

Baca juga:   Menteri cuma kuarantin 3 hari lepas balik luar negara

Terkini

Projek MARA Digital diteruskan – PM

PROJEK MARA Digital akan diteruskan bagi membuka peluang kepada anak muda Bumiputera terlibat sebagai usahawan teknologi maklumat (IT). Perdana Menteri, Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan