25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Dua warga emas ditahan ‘songlap’ duit persatuan RM65,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki warga emas ditahan kerana disyaki terbabit dengan kes pecah amanah sebuah persatuan membabitkan kerugian RM65,000, di Ampang Jaya, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 64 dan 73 tahun itu ditahan secara berasingan di Petaling Jaya dan Shah Alam.

Menurutnya, tangkapan itu susulan laporan polis daripada wakil ahli persatuan berkenaan yang mendapati baucar pembayaran persatuan yang disyaki palsu digunakan oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari persatuan.

“Hasil semakan terhadap penyata bank dan baucar pembayaran mendapati wang persatuan dipindahkan ke akaun peribadi presiden persatuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, baucer pembayaran dikeluarkan sebanyak empat kali dengan jumlah keseluruhan RM65,000.

Menurutnya, terdapat empat cek bank digunakan bagi pengeluaran ini dibuat tanpa kelulusan ahli mesyuarat agung jawatankuasa persatuan.

“Reman bagi kedua-dua suspek ditolak di Mahkamah Ampang hari ini, bagaimanapun keterangan dua suspek ini sudah diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan