23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Kerajaan Pahang sumbang RM20,000 kepada Janusha

Anak kelahiran Kuala Lipis itu menjadi pegawai wanita pertama Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian di Akademi Tentera Laut Amerika (USNA)

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Pahang bersetuju memberikan sumbangan RM20,000 berserta sijil penghargaan kepada Pegawai Kadet Kanan, B. Janusha dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sumbangan berkenaan diberikan susulan anak kelahiran Kuala Lipis itu menjadi pegawai wanita pertama negara berjaya menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Janusha dilahirkan pada 9 April 1999 di Hospital Lipis dan anak bongsu daripada tiga beradik.

Jelas beliau, bapa Janusha, M. Balakrishnan yang berasal dari Melaka merupakan penyelia di Hospital Lipis dan bersara pada 2019 manakala ibunya, S. Saraswathy yang berasal dari Bentong merupakan Ketua Penyelia Jururawat Hospital Lipis dan bersara pada 2017.

Baca juga:   Bersatu rai ulang tahun kelima secara dalam talian malam ini

“Dua kakak Janusha iaitu Chandralehkah dan Shamilaa pula berkhidmat sebagai doktor di Hospital Segamat, Johor.

“Janusha memulakan pendidikan sekolah rendah dari Tahun 1 hingga 3 di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Pulai, Temerloh dan kemudiannya di SK Clifford, Kuala Lipis dari Tahun 4 hingga 6.

“Beliau menyambung pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dari Tingkatan 1 hingga 5 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau mengagumi kegigihan Janusha dan juga ahli keluarganya yang lain terutama kedua ibu bapanya yang begitu mengambil berat tentang masa depan anak-anak sehingga kesemua anak-anak mereka memiliki kerjaya yang hebat.

Baca juga:   55,000 pengunjung ke Langkawi sempena cuti Tahun Baharu Cina

“Sesungguhnya, kejayaan Janusha ini perlu dijadikan inspirasi dan motivasi kepada seluruh rakyat tentang bagaimana perlunya kita mempunyai keazaman dan kegigihan untuk berjaya.

“Sekali lagi saya berharap agar Janusha terus maju dan berjaya dalam kerjaya pada masa akan datang,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan