27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

21 PKRC di Kelantan ditutup secara rasmi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KESEMUA 21 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan ditutup secara rasmi pada 31 Mei lepas,”kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata, bagaimanapun tiga PKRC di fasiliti kesihatan di Hospital Pasir Mas, Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) masih dikekalkan dan diletakkan dalam mod sedia.

Katanya, tindakan penutupan PKRC terlibat dilakukan selepas pihaknya mengambil kira negara telah berada pada fasa peralihan ke endemik selain kes harian COVID-19 di Kelantan juga hanya merekodkan sekitar dua digit, sejak sebulan lalu.

“Setakat ini PKRC awam telah ditutup dan hanya tiga PKRC di fasiliti kesihatan sahaja masih dikekalkan itu pun tiada pesakit. Ia akan digunakan semula sekiranya berlaku peningkatan pesakit COVID-19.

“Namun setakat ini, kami menjangkakan tidak akan berlaku peningkatan mendadak daripada kes COVID-19.

Baca juga:   Paras air Sungai Golok melepasi tahap bah besar 2014

“Malah, selepas Hari Raya Aidilfitri lalu juga tidak menunjukkan peningkatan mendadak, hanya bawah 20 kes baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini malam tadi.

Hadi sama, Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 56 petugas kesihatan awam, swasta, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan petugas di Jabatan Penjara Kelantan bagi menghargai jasa mereka yang membantu sepanjang pembukaan PKRC di Kelantan sebelum ini.

Baca juga:   Labuan sifar kes, Sarawak kembali catat kes tertinggi

Mengulas mengenai perkembangan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) Dr Zaini berkata, setakat ini Kelantan merekodkan kes kumulatif sebanyak 5,500 kes.

“Setakat beberapa hari ini trend kes HFMD menunjukkan hanya trend mendatar dan tidak meningkat.

“Semalam kami merekodkan sekitar 100 kes sehari dan setakat ini lima taska masih ditutup membabitkan kawasan Kota Bharu dan Tanah Merah.

“Dari segi pemantauan setakat ini kami lihat kes-kes ini tidak serius dan hanya menunjukkan gejala ringan serta tiada kes yang memgalami komplikasi teruk atau memerlukan rawatan insentif,” katanya.

Ujar beliau lagi, JKNK juga ingin menasihatkan ibu bapa, terutamanya yang mempunyai anak kecil supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa menjaga kebersihan bagi membendung penularan kes HFMD di negeri ini daripada terus meningkat.-Bernama

Baca juga:   Pecat 13 ahli: Presiden PBM diminta bertaubat

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan