26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023

Lelaki diserang sawan rempuh 9 kenderaan, enam cedera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita patah tulang hidung, manakala lima yang lain cedera dalam nahas membabitkan 10 buah kenderaan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.14 malam itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu sebuah kereta jenis BMW 330E berusia 38 tahun diserang sawan ketika berhenti di lampu isyarat merah di Taman Chiptaco.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan [email protected] Zaki Omar berkata, ketika diserang sawan lelaki itu telah tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya merempuh kenderaan lain.

“Beberapa kenderaan dihadapannya yang juga menunggu lampu isyarat telah dirempuh dan insiden itu dilaporkan bertambah teruk apabila mangsa dipercayai diserang sawan buat kali kedua.

“Sebanyak sembilan buah kereta telah dirempuh dan lima individu mengalami kecederaan termasuk seorang wanita berusia 21 tahun mengalami patah tulang hidung,” katanya hari ini, lapor Kosmo!.

Baca juga:   Ugut polis dalam Facebook, Diana Mat ditahan

Jelasnya, kenderaan terlibat adalah dua buah Perodua Myvi dan masing-masing sebuah Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona.

Beliau berkata, pemandu BMW itu juga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

“Empat mangsa yang cedera dirawat di Zon Hijau dan hanya wanita yang mengalami patah hidung ditempatkan di Zon Kuning Hospital Melaka.

“Kesemua mangsa dalam nahas ini berusia antara 20 hingga 73 tahun,” katanya.

Baca juga:   Wakil BN anggotai Kabinet selesa, boleh bekerjasama dengan PM

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wartawan

Terkini

Tok Mat menghadap Sultan Brunei, jemput Baginda ke LIMA’23

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima sembah menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu lawatan rasmi...

Lagi Artikel Berkaitan