26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Guru sekolah ditahan cabul pelajar perempuan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG guru sebuah sekolah agama di Kuala Krai, Kelantan ditahan selepas dipercayai mencabul pelajar perempuan tingkatan dua.

Suspek berusia 36 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai jam 2.30 petang semalam susulan laporan polis dibuat mangsa pada hari sama.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, suspek dikatakan melakukan kejadian itu sebanyak tujuh kali pada 2020 sehingga Januari tahun lalu.

“Menerusi laporan yang dibuat, mangsa ketika itu berusia 14 tahun mengatakan pada Mac 2020 semasa berada di hadapan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), mangsa terserempak dengan gurunya.

“Guru terbabit kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam keretanya dan meraba badan serta mencium mangsa beberapa kali.

“Pada Mei 2020 pula ketika mangsa berada Kampung Mambong, mangsa juga diganggu oleh guru berkenaan dengan gambar lucah yang dihantar melalui WhatsApp,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Baca juga:   Dua syarikat pengeluar gula diarah keluarkan stok penimbal

Muhamad Zaki berkata, mangsa turut memaklumkan kejadian sama berlaku Januari tahun lalu apabila suspek melakukan amang seksual terhadap mangsa dalam kawasan sekolah.

Menurutnya, susulan laporan dibuat mangsa, pihak polis menahan suspek iaitu guru Matematik dan Sains petang semalam.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan reman lima hari sehingga 7 Jun ini untuk siasatan lanjut.

Baca juga:   PM bertemu Presiden Biden, pemimpin ASEAN di White House

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan