25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Wartawan cilik, Haziq bertemu lagi dengan PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MUHAMMAD Haziq Mohd Asyraf dari Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah atau lebih dikenali sebagai ‘wartawan cilik’ sekali lagi berpeluang bertemu dengan idolanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pertemuan bermakna sempena Sambutan Hari Bomba semalam itu dikongsikan sendiri oleh Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

“Bertemu dengan adik Haziq, semasa Sambutan Hari Bomba semalam.

“Sebelum ini Haziq pernah tular di media sosial kerana kepetahannya menjadi wartawan cilik, chef dan juga bomba.

“Haziq sangat manja dengan saya dan merupakan seorang kanak-kanak yang pintar,” katanya.

Ismail Sabri turut mendoakan agar Haziq berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

“Kanak-kanak adalah aset berharga negara yang bakal menjadi pemimpin mencorak kejayaan lebih besar suatu hari nanti…,” kongsinya.

Advertisements

Pada 6 Februari lalu, Muhammad Haziq berpeluang bertemu dan menemu ramah Perdana Menteri.

Kanak-Kanak berusia 12 tahun itu dipertemukan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah dan diberi kesempatan menemu ramah pemimpin nombor satu negara berkenaan.

Muhammad Haziq sebelum ini meraih perhatian warganet dan menjadi popular selepas videonya yang melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani tular.

Video itu, yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Jan lepas, telah mendapat 1.2 juta tontonan.

Penghidap talasemia itu turut mendapat perhatian Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan menghadiahkannya telefon bimbit.

Muhammad Haziq juga dihadiahkan sebuah tablet oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa selain menerima sumbangan persekolahan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta individu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan