24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis terus siasatan kenal pasti dalang sindiket dadah – Ayob Khan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti dalang sindiket menerusi beberapa siri Op Tapis yang bakal dijalankan.

Malah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay juga tidak menafikan tangkapan tokan dadah yang dibuat sebelum ini ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

“Yang terbaharu, ada 2,100 tokan pertengahan yang sudah ditangkap dan siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti (pengedar) yang ‘atas-atas’.

“Ada sesetengah tu membabitkan pengedaran dadah peringkat antarabangsa macam Kelantan ni banyak masuk daripada negara jiran, Golden Triangle.

“Kita sudah buat Op Tapis 3 dan mungkin ada lagi operasi susulan yang akan dibuat kerana benda ini tak pernah habis, statistik sentiasa akan berubah dan sasaran pun berubah, beri ruang untuk kami siasat,” katanya kepada media di Rantau Panjang, Kelantan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang selepas meninjau operasi pintu masuk di Malaysia dan Thailand.

Dalam lawatan kerjan beliau ke Kelantan, beliau mengadakan tinjauan di laluan tikus di sepanjang Sungai Golok bermula di Pengkalan Kubor, Tumpat hingga Kubang Pak Hitam, Pasir Mas.

Advertisements

Hadir sama adalah Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Mohd Nasir Deraman.

Ayob Khan berkata, terdapat 175 pangkalan haram di Kelantan yang sering digunakan penyeludup dan 135 daripadanya adalah yang aktif.

Menurutnya, berdasarkan statistik sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,219 kilogram (kg) syabu; ganja (1,063kg); pil kuda (1.6 biji); heroin (100kg) dan ketamin (44kg) yang cuba diseludup di laluan kecil dan pangkalan haram berjaya dirampas.

“Tinjauan tadi mendapati betapa sukarnya kita mengawal penyeludupan, bukan saja konteks dadah tetapi membabitkan lain-lain barangan kontraban.

“Sebab itu, lawatan hari ini kita bincang dengan JKDM untuk meningkatkan lagi kolaborasi antara PDRM terutama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dengan jabatan itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan