24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

UPSI raih lapan pingat emas, lapan perak dalam ITEX 2022

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Pendidikan Sultan idris (UPSI) berjaya meraih lapan pingat emas dan lapan pingat perak sempena Pertandingan Inovasi International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2022).

Dalam pertandingan yang berlangsung di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei lalu itu, UPSI menghantar 16 penyertaan.

Menurut Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, beliau berbangga atas kemenangan yang capai oleh penyelidik-penyelidik UPSI dan menganggapnya sebagai hadiah sempena sambutan 100 tahun UPSI bermula era Sultan Idris Training College (SITC).

“Penyelidik-penyelidik UPSI memiliki daya kreativiti untuk berkarya dalam lapangan penyelidikan khususnya bidang pendidikan yang bermanfaat untuk masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Suriani Abu Bakar berkata, kejayaan lapan pingat emas yang membanggakan itu diperolehi menerusi penyelidik UPSI iaitu Prof. Madya Dr. Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dengan penyelidikan Mumtaz 8A: Uji Pengetahuan Kafa Kamu (UPKK) ; Dr. Shazlyn Milleana Shaharudin, Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dalam penyelidikan Mabox Kit .

Selain itu, menurut beliau ia juga adalah kejayaan Prof. Madya Dr. Lee Tien Tien (FSM) dalam penyelidikan AR-CSI Module For Matriculation College Physical Chemistry Course serta Dr. Adibah Abu Bakar (FSM) dalam penyelidikan Natfish: Dna-Based Identification Kit Of Native Fish Species.

“Prof Madya Dr Nurul ‘Ain Mohd Daud, Fakulti Pembangunan Manusia- (FPM) dalam penyelidikan Well-Manage System Internship Counselling Management System; Dr. Nurul Hasyimah Mat Rani (FPM) dalam penyelidikan Sistem Myscreen (Malaysian Psychometric Inventory For Care And Education) serta The Development Of Psychological Well-Being Test For Selection And Recruitment Process Among Caregivers).

Advertisements

“Manakala, Dr. Syamsinar Abdul Jabar (FPM) dalam penyelidikan Koswer Multimedia Interaktif Bahasa Melayu (KomiBM) serta Dr. Mohd Ikhwan Hadi Yaacob yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) menerusi projek bertajuk Comprehensive and Holistic Activities Mapping Protocol (CHAMP).

Selain itu, menurutnya, lapan pingat perak disumbangkan oleh penyelidik terdiri daripada Dr. Azniah Ismail dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) dengan projek Cerita Aidan: Siri Asuhan Pemikiran Komputasional; Prof Madya Dr.Ashardi Abas (FSKIK) menerusi UPSI AI Contact Tracing (Uaict) dan Dr. Hamidah Idris (FSM) iaitu Hello Microbes: Covid-19 Vs Soap Experimental Kit.

“Manakala, Dr. Rozita Yahaya (FSM) High Purity Facetted Nano Gamma Alumina (Nano Γ-Al2o3) From Waste Beverage Aluminium Cans: Next Generation Of Recycling Technology; Dr. Zamzana Zamzamir (FSM) – Running Rangers Game dan Dr. Fara Dayana Mohd Jufry dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) – Aplikasi Digital Sebagai Kaedah Pembelajaran Repertoir Hikayat Seri Rama Dalam Kalangan Murid Sekolah Seni Malaysia.

Selain itu menurutnya, Dr. Siti Musliha Mat Rasid dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) pula dalam penyelidikan Digital Squat Device (Dsquad) serta Dr. Mohamad Amiruddin Ismail dari Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) dengan penyelidikan bertajuk Kit Pembelajaran Internet of Things (Kit Iotronik).

“Dengan kejayaan itu diyakini akan memberi inspirasi kepada penyelidik-penyelidik lain untuk lebih kreatif dan inovatif melakukan penyelidikan yang menarik,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan