32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

RM1 juta kukuh hubungan media Malaysia, Indonesia – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) bagi menjalankan akivitinya dalam usaha mengukuhkan hubungan media Malaysia dan Indonesia serta negara-negara jiran lain.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri juga mencadangkan agar Persatuan Wartawan Malaysia dan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia ditubuhkan bagi memperkasa profesion kewartawanan di negara ini.

Beliau juga menyambut baik Deklarasi Melaka Hawana 2022 dan berharap wartawan dapat terus mendukung prinsip dan tanggungjawab yang berkaitan etika dan profesionalisme bidang kewartawanan.

“Dalam usaha membantu industri kewartawanan yang terjejas ekoran pandemik Covid-19, kerajaan tampil menawarkan bantuan untuk mengurangkan beban mereka menerusi Pelan Pemulihan Media di bawah inisiatif PEMULIH yang digerakkan oleh Kementerian Kewangan dan K-KOMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia).

“Semoga industri kewartawanan negara terus memainkan peranan penting dalam pembentukan negara bangsa,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) di Melaka hari ini.

Sejak tahun lalu kerajaan mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai hari sambutan Hawana mengambil bersempena penerbitan pertama akhbar Utusan Melayu pada tarikh sama tahun 1939 lalu.

“Hari ini saya sungguh gembira dapat bersama-sama wartawan Malaysia meraikan HAWANA 2022 bagi meraikan jasa dan pengorbanan mereka yang sentiasa komited menyampaikan maklumat kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Majlis hari ini turut dimeriahkan dengan kehadiran wartawan dari negara ASEAN termasuk pemimpin media utama dari Indonesia yang terdiri daripada Pemimpin Redaksi serta pimpinan ISWAMI,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan