24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kanak-kanak 3 tahun hilang ditemukan lemas di sungai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAYAT kanak-kanak perempuan, Siti Nur Athhiyya Sofea Muhammad Sukri, 3, yang dilaporkan hilang selepas disyaki terjatuh dari rumah rakit di Sungai Bukit Rangin, Kuantan, Pahang kelmarin ditemukan kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat yang melakukan pencarian menggunakan bot.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan hari ini dengan memperluaskan skop pencarian sehingga tiga kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia terjatuh dalam keadaan masih lengkap berbaju,” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Siti Nur Athhiyya Soffea yang juga dikenali dengan nama timangan Tia dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam kelmarin semasa majlis rumah terbuka di rumahnya.

Advertisements

Ketika kejadian, Siti Nur Athhiyya Soffea memakai baju kurung merah di majlis itu.

Muhammad Sukri memiliki dua rumah rakit yang terletak di atas Sungai Bukit Rangin dan dihubungkan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu.

Berikutan itu, SAR JBPM digerakkan kerana kemungkinan kanak-kanak itu jatuh dalam sungai.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan