24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

SOP asrama sekolah sudah dilonggarkan – Radzi Jidin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LANGKAH Kementerian Pendidikan (KPM) yang melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelajar-pelajar di asrama sekolah tentu mengembirakan ibu bapa.

Ini kerana selama dua tahun pandemik Covid-19 melanda, para pelajar berkenaan terpaksa mengikuti pematuhan SOP yang ketat termasuk tiada pulang bermalam atau membenarkan ibu bapa datang melawat.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau menyedari disebabkan SOP yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19, ramai yang memarahinya.

Ini disebabkan tidak memberi kebenaran melawat anak, anak tidak boleh balik ke rumah, barang dihantar di pagar dan lain-lain.

“Saya pasti dengan kelonggaran SOP asrama yang ditetapkan, tentulah ianya menggembirakan semua.

“Bermula kemasukan lepas cuti raya, anak-anak dah boleh keluar outing atau balik bermalam mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Ibu bapa juga boleh datang melawat anak-anak di asrama. Lega hati masing-masing,” katanya menerusi Facebooknya, malam tadi.

Radzi berkata, hasrat ibu bapa dan KPM sebenarnya adalah sama.

Advertisements

“Kita sebenarnya sama perahu. Kami di KPM, khususnya guru-guru, perlu memastikan SOP ketat ini dipatuhi sepanjang dua tahun yang lalu demi keselamatan anak-anak kita, generasi pewaris negara.

Sementara itu, Radzi turut bercerita tentang bagaimana ramai ibu bapa mula menghantar anak-anak Tingkatan Satu di sekolah berasrama sepenuhnya.

“Anak-anak ini akan memulakan kehidupan di asrama setelah mengikuti pembelajaran secara pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR), sejak pembukaan sesi baharu persekolahan pada 21 Mac lalu. Tentu masing-masing rasa teruja.

“Saya gembira melihat perkongsian ibu bapa tentang hari pertama anak-anak dihantar ke asrama serta gambar keletah anak-anak mereka ketika melapor diri hari ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, Radzi mendoakan kepada semua murid serta pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Untuk anak-anak, selamat menempuh alam baharu dalam kehidupan anda. Belajarlah bersungguh-sungguh dan semoga berjaya pak cik ucapkan kepada semua,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan