34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jenazah lima pelajar USAS selamat dikebumikan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JENAZAH kelima-lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar yang maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Ipoh dua hari lalu, selamat dikebumikan.

Jenazah Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, selesai disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS pukul 11.32 malam tadi.

Sebelum itu jenazah terbabit selesai menjalani proses bedah siasat dan pengecaman identiti di Unit Forensik Hospital Taiping sebelum di bawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Suasana pilu dirasakan bukan sahaja di tanah perkuburan tetapi juga bagi ratusan jemaah yang menyempurnakan solat jenazah mereka.

Konvoi mengiringi tiga jenazah itu tiba di perkarangan masjid jam 11.15 malam selepas difahamkan berlepas dari Hospital Taiping jam 10.30 malam.

Jenazah Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, selesai disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS jam 11.32 malam tadi . – MEDIA SOSIAL

Iqbal Hasnun Halimi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Seelong, Senai, Johor pada pukul 7.30 pagi tadi.

Sementara Muhammad Nabil Haikal pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 9 pagi.

Manakala anak pasangan ustaz dan ustazah, Muhammad Nasrun pula selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kubu Road, Selangor.

Semalam, jenazah Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar manakala jenazah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dikebumikan di Tanah Perkuburan Kijal, Kemaman, Terengganu.

Ucapan takziah daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah USAS Berhad & USAS. Kredit Facebook rasmi USAS

Sementara itu, bapa Allahyarham Iqbal, Halimi Ali Yahad, 50, berkata, pihaknya bersyukur kerana semua urusan arwah anaknya itu termasuk pengebumiannya berjalan lancar.

Menurutnya, sebagai ketua keluarga, dia bersyukur kepada Allah SWT atas doa, sokongan moral termasuk wakil dari Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri Perak dan pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia.

“Ada yang melakukan solat hajat, membacakan doa, surah yasin dan ia amat bermakna dan mempermudahkan urusan arwah kerana pada awalnya proses bagi menuntut jenazahnya dikatakan memakan masa lebih lima hingga enam hari.

“Selepas solat Jumaat semalam, ada petanda ketiga-tiga jenazah dapat dicam dan dapat dituntut pada hari sama.

“Kesemua keluarga berasa nikmat walaupun perit menerima kenyataan mereka sudah tiada dan nikmat paling besar adalah nikmat persaudaraan insan yang tidak kami kenal yang mengambil berat kebajikan dan kebaikan untuk kami,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Halimi menerusi hantaran itu berkata, selepas selesai solat berjemaah dia berpaling ke belakang dan ‘terpandang’ seolah-olah susuk tubuh anaknya sedang duduk tahiyat sambil tersenyum manis.

Dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora pada tengah malam Khamis lalu, kelima-lima mereka rentung apabila kereta Honda City yang dinaiki terbakar setelah terbabit dengan kemalangan dengan dua buah lori.

Mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah sewa mereka di Kuala Kangsar

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan