25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pemandu samseng di MRR-2 rupanya ada rekod curi kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH rakaman memandu secara berbahaya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR-2) dekat Taman Layang-Layang, Kuala Lumpur 7 Mei lalu menjadi tular, seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah berjaya diberkas polis.

Lelaki berkenaan bukan sahaja dikesan memandu secara berbahaya bahkan turut melakukan ugutan di jalan raya dengan sebatang kayu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menahan lelaki berusia 31 tahun itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

“Hasil tangkapan kita telah merampas kunci kereta jenis Perodua bersama alat kawalan jauh, sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih serta sebatang rotan panjang berukuran kira-kira 90cm.

“Selain itu, polis turut membuat rampasan sebuah motosikal Yamaha Ego Avantiz warna biru, Yamaha Nouvo LC warna merah dan motosikal KTM 790 Adventure warna hitam serta oren,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Eng Lai berkata, hasil tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian kenderaan di sekitar ibu negara, Selangor dan Johor.

Advertisements

Menurutnya, semakan rekod mendapati suspek terbabit mempunyai pelbagai kesalahan jenayah lampau termasuk dadah.

“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil kepada individu yang melakukan kesalahan tanpa ada sebarang kompromi.

Sebelum ini tular di laman sosial tindakan suspek memandu secara berbahaya yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

Tindakan suspek yang turut mengancam pengguna jalan raya menggunakan kayu dirakam sebelum tular.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan