24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM zahir ucapan takziah kemangkatan Presiden UAE

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum dan rakyat negara itu atas kemangkatan Presidennya, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.

Beliau meluahkan rasa sedih apabila mendapat perkhabaran mengenai kemangkatan pemerintah Abu Dhabi itu yang merupakan seorang pemimpin berwawasan yang telah berjasa besar kepada kemajuan dan kemakmuran UAE.

“Pencapaian, kebijaksanaan dan kemurahan hati Almahrum telah memberi manfaat kepada rakyat UAE dan seluruh umat Islam.

“Malaysia sangat menghargai sumbangan murni Almarhum Yang Mulia yang telah mengukuhkan hubungan persaudaraan kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Perdana Menteri lagi, doa dan ingatan beliau sentiasa bersama Yang Mulia, ahli kerabat diraja dan rakyat UAE dalam menghadapi waktu-waktu yang sukar tersebut.

Advertisements

“Semoga Allah SWT merahmati Yang Mulia Almarhum dan menempatkan rohnya bersama-sama golongan yang soleh. Al-Fatihah,” kongsinya.

Untuk rekod, Sheikh Khalifa yang memerintah sejak 2004 meninggal dunia pada usia 73 tahun semalam selepas berehat lama akibat sakit.

Istiadat penghormatan terakhir Sheikh Khalifa dijadual berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Mei.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan