26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

MPN sokong pemulihan ekonomi sektor IKS, peniaga, penjaja kecil

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) akan sentiasa menyokong apa sahaja program pemulihan ekonomi terutama yang melibatkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (IKS), peniaga dan penjaja kecil.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segala syor, cadangan dan dapatan daripada pihak terlibat akan disampaikan kepada Kerajaan bagi diambil tindakan sewajarnya.

“Alhamdulillah hari ini (semalam) saya selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara berpeluang mengadakan lawatan kerja ke Jutawalet Services & Trading, kilang memproses sarang burung walet di Bintulu, Sarawak.

“Perusahaan ini dijalankan oleh Saudara Patrick Jenau anak Tindit sejak lima tahun lalu dengan jumlah keluaran kira-kira dua tan sebulan.

“Buat masa ini produk tersebut dikeluarkan untuk pasaran tempatan sekitar Sibu dan Kuching sahaja kerana kesukaran memperoleh permit eksport.

“Saya dimaklumkan oleh Saudara Patrick Jenau, beliau bercadang untuk mengeksport terus ke negara Arab jika permohonan AP diluluskan memandangkan produk ini mendapat sambutan hangat daripada rakyat negara-negara Arab,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Ujar Muhyiddin lagi, buat masa sekarang bekalan sarang burung dibeli daripada 50 pengusaha rumah burung walet di seluruh Sarawak.

“Saya kagum dengan kegigihan Saudara Patrick Jenau sehingga mampu menjana pendapatan kira-kira RM30,000 sebulan atau RM300,000 lebih setahun.

“Lebih membanggakan lagi kilang ini berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 20 orang yang terdiri daripada penduduk setempat.

Menurutnya, beliau berharap pihak berkuasa dapat mempertimbang dan memudahkan permohonan Saudara Patrick Jenau bagi membolehkan individu berkenaan mengembangkan lagi perusahaan produk sarang burung walet itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut berkongsikan lawatan meninjau operasi Kedai Prihatin Parlimen Bintulu yang ditubuhkan oleh Koperasi Bersatu Bintulu Berhad.

“Kedai ini menyediakan pelbagai pilihan barangan keperluan harian pengguna pada harga berpatutan.

“Saya percaya pembukaan lebih banyak Kedai Prihatin seumpama ini akan dapat membantu rakyat berpendapatan rendah berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat sejak akhir-akhir ini,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan