26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Radzi kongsi pengalaman siapkan bekal untuk anak ke sekolah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BUDAYA membawa bekal ke sekolah bukan sahaja mampu menjamin makanan seimbang dan berkhasiat, bahkan mengimbau kembali nostalgia sewaktu zaman persekolahan dahulu apabila dibekalkan makanan oleh ibu.

Kisah berkenaan dikongsikan sendiri Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu hantaran dalam Facebook hari ini.

“Malam semalam saya sempat keluar membeli barang keperluan bersama isteri dan anak. Biasalah, bila sekolah dah mula, nak kena siapkan makan pagi dan bekal.

“Sewaktu kecil ayahanda dan bonda sentiasa tekankan kepentingan untuk sarapan pagi sebelum ke sekolah.

“Paling tidak telur masak separuh dengan kicap! Sekarang kami pula tekankan kepada anak-anak kepentingan untuk bersarapan pagi walaupun sedikit,” kongsinya.

Ujar Radzi lagi, selain makan pagi, menyiapkan bekal ke sekolah merupakan cabaran besar.

“Nak kena fikir bekal apa yang anak-anak bawa ke sekolah. Yang paling penting, haruslah makanan berkhasiat dan seimbang.

“Telah menjadi rutin saya sejak di Australia dulu untuk bantu isteri siapkan makan pagi dan bekal anak-anak. Jadi, kecekapan sediakan sarapan dan bekal tu masih utuh.

Beliau turut meluahkan keyakinan ramai ibu bapa yang memberi penekanan kepada pemakanan yang sihat untuk anak-anak mereka, termasuk mengurangkan pengambilan gula dan bahan pengawet.

Malah beliau juga meminta ibu bapa untuk berkongsikan tip bagi mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat dalam hantaran yang sama.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet rata-ratanya terdiri daripada golongan ibu bapa yang turut berkongsikan pengalaman menyediakan bekal buat anak-anak mereka.

Bahkan tidak kurang juga, ada yang meminta agar pihak bertanggungjawab untuk memantau jualan di kantin sekolah kerana dikatakan masih menjual makanan kurang sihat seperti sosej.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan