31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Perjanjian kerajaan, CSP buka potensi pelaburan RM15 bilion

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERJANJIAN Kontrak Berpusat Pengkomputeran Awan (CFA) antara kerajaan dengan empat syarikat Penyedia Perkhidmatan Awan (CSP) mampu membuka potensi pelaburan dalam negara bernilai RM12 bilion hingga RM15 bilion menjelang 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perjanjian berkenaan adalah khusus bagi memperkasa MyGovCloud, dalam penyediaan perkhidmatan public cloud.

Menurut beliau, pelaburan berkenaan akan menjadi ‘tulang belakang’ kepada pembentukan sebuah ekosistem digital yang mampan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari, sekali gus bakal menjadikan Malaysia sebagai hab digital utama di rantau ASEAN.

“Perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) di naik taraf kepada perkhidmatan Pengkomputeran Awan (Cloud) yang dikenali sebagai MyGovCloud, yang akan memacu transformasi digital sektor awam secara holistik yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi digital dan agenda pendigitalan ke seluruh negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan ini pemeteraian CFA antara Kerajaan Persekutuan dan empat CSP, iaitu Telekom Malaysia Bhd, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd, Amazon Web Services Malaysia Sdn Bhd, dan Google Cloud Malaysia Sdn Bhd.

Melalui majlis tersebut, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Yusof Ismail, telah bertukar dokumen perjanjian dengan wakil dari empat anak syarikat CSP yang terlibat, iaitu Radmik Solutions Sdn Bhd di bawah Amazon, Cloud Connect Sdn Bhd (TM), Enfrasys Solutions Sdn Bhd (Microsoft), dan Awantec System Sdn Bhd (Google).

Selain Perdana Menteri, yang turut menyaksikan pertukaran dokumen itu ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, serta pegawai kanan kerajaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, CFA merupakan satu inovasi dalam perolehan perkhidmatan Pengkomputeran Awan di semua agensi sektor awam yang dapat menikmati perkhidmatan pengkomputeran awan yang lebih baik, cepat, cekap dan bersasar.

Menurut beliau, ini sekaligus mampu membantu mencapai sasaran Malaysia sebagai hab digital utama di rantau ASEAN.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan