26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UPSI cipta sejarah miliki sekolah rendah sendiri

Mesti Baca

UNIVERITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maju setapak lagi dengan inisiatif baharu menubuhkan Sekolah Rendah Seri Budiman (SRSB) bagi melebarkan fungsinya sebagai sebuah universiti pendidikan ulung negara.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ketika berucap merasmikan Hari Terbuka SRSB di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Tanjung Malim, Perak menyambut baik kejayaan membuka sekolah berkenaan.

Beliau berkata, pengambilan sulung seramai 28 murid Tahun 1 dan berkeyakinan sekolah yang diwujudkan itu akan mencapai kejayaan, pembelajaran, dan pencapaian yang membanggakan.

“UPSI menyokong pendidikan di sekolah ini yang dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), malah konsep BITARA adalah pendekatan yang mampu memacu kejayaan, tidak hanya di peringkat nasional, tetapi juga antarabangsa” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga kerja Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan dan UPSI Holdings Sdn Bhd yang berjaya merealisasikan impian UPSI untuk mewujudkan sekolah swasta di dalam kampus tercinta ini selepas berusaha selama 12 tahun.

Guru Besar SRSB, Dr. Kama Shaffeei dalam ucapan aluannya menekankan bahawa fokus sekolah untuk melahirkan pemimpin masa depan, mengintegrasikan pendekatan neoterik berasaskan teknologi, serta memberi tumpuan kepada kerjasama dengan ibu bapa melalui Parent Support Group (PSG).

Advertisements

“Fasiliti UPSI baik dari kolam renang, stadium sehingga ke perpustakaan. Kesemuanya terbuka kepada warga SRSB, termasuk khidmat nasihat pakar pendidikan, ” katanya.

Konsep penubuhan sekolah ini, katanya, sebagai perkongsian kepakaran dan usaha bersama untuk menerjemahkan idea serta inovasi dalam kurikulum dan menjadi platform rujukan pendidikan, menerapkan kaedah pembelajaran inovatif dan penyelidikan terkini.

Sempena perasmian SRSB, diadakan aktiviti Hari Terbuka yang memberi peluang kepada hadirin untuk melihat lebih dekat fasiliti dan program-program yang ditawarkan oleh SRSB.

Beliau berharap SRSB akan membina kecemerlangan, malah majlis perasmian itu menjadi titik permulaan kepada perjalanan pendidikan yang bermakna dalam tahun 2024 dan akan datang.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah, UPSI Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Abdul Rahim Razalli; Timbalan Naib Canselor( Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin serta Pengurus Besar UPSI Holdings Sdn Bhd, Mohd Effendy Datuk Mohamad Zailani.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan