28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Helikopter Maritim Malaysia mendarat cemas, 4 kru terselamat

Mesti Baca

SEBUAH pesawat helikopter AW l139 dengan pendaftaran pesawat M72-01 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan pendaratan cemas di dalam laut di Perairan Pulau Angsa, Selangor pada kira-kira pukul 9.55 pagi.

Laksamana (M) Datuk Hamid Mohd Amin berkata, maklumat awal diterima menerusi panggilan MERS 999 oleh pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Beliau berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada pukul 10.15 pagi.

Katanya, pesawat yang mendarat cemas diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria dan Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi.

Turut berada di dalam helikopter berkenaan ialah seorang kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno dan seorang Perenang Penyelamat, Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim.

“Aset Maritim Malaysia yang diatur gerak ke lokasi kejadian ialah Bot Pengawal 25 dari Maritim Negeri Selangor, bot RH 16 dan PSC 39 daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan sebuah pesawat AS 365 N3 Dauphine Maritim Malaysia dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).

Advertisements

“Semua kru AW139 telah diselamatkan oleh pesawat AS 365 N3 dan telah diterbangkan ke SUMS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamid berkata, sebelum itu, bot pemancing yang berada di lokasi berkenaan telah memberi bantuan awal kepada kru yang terbabit dan 10 anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dan KM Bagan Datuk juga diatur gerak ke lokasi bagi melakukan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

“Maritim Malaysia akan melakukan siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca-punca kejadian.

“Maritim Malaysia juga mengucapkan terima kasih atas maklumat dan tindakan pantas daripada komuniti maritim yang membantu CARILAMAT kejadian ini.

“Operasi CARILAMAT telah ditamatkan oleh CAAM pada pukul 11.15 pagi tadi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan