25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Pelajar sekolah tunggang motosikal maut digilis lori

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan sebelum digilis lori dalam kejadian di Jalan Keretapi Lama, Kapar, Kelang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang, mangsa dikenali Naufal Danish Md. Nor, 17, turut melecur di bahagian kaki selepas terkena api kesan daripada motosikal yang terbakar akibat kejadian tersebut.

Mangsa yang parah di perut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya sambilannya di sekitar daerah ini.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda 115Z kemudiannya cuba memotong lori di depannya yang dipandu lelaki berusia 41 tahun.

“Mangsa kemudianya bertembung dengan kenderaan lain yang tidak dikenalpasti dari arah bertentangan sebelum bergesel dan jatuh serta digilis lori tersebut.

Baca juga:   Gelembung Pelancongan Antarabangsa percepat pulih ekonomi

Akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terbakar keseluruhannya dan remaja itu yang melecur di kaki diangkat orang awam ke bahu kiri jalan,” katanya lapor Kosmo!.

Jelas beliau, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan