28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Lawatan rasmi ke Jepun perkasa Dasar Pandang ke Timur – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LAWATAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Jepun sehingga 28 Mei hadapan adalah bagi memperkasakan lagi Dasar Pandang ke Timur.

Selain itu, menurut beliau, lawatan tersebut juga adalah bagi memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun.

“Alhamdulillah saya dan isteri, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo.

“Insya Allah saya akan bertemu rakan sejawat, Fumio Kishida, Perdana Menteri Menteri Jepun yang baru memegang jawatan itu pada Oktober tahun lepas.

“Sempena pertemuan itu nanti, tiga memorandum kerjasama antara Malaysia dan Jepun akan dimeterai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, beliau akan menyampaikan ucaptama di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo bertemakan “Redefining Asia’s Role in a Divided World” pada Khamis ini.

“Beberapa pertemuan dengan tokoh korporat dan ahli perniagaan daripada syarikat terkemuka di Jepun akan diadakan.

“Ini bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan memperkukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Jepun,” katanya.

Antara yang mengiringi Ismail Sabri ke Jepun termasuklah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Menurut Wisma Putra, pertemuan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak membincangkan inisiatif dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia-Jepun yang telah lama terjalin serta kerjasama dalam pelbagai bidang.

Antara perkara-perkara utama yang akan dibincangkan termasuk memperingati Ulang Tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (DPT), pengukuhan hubungan antara rakyat, dan kerjasama pasca Covid-19.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia dan Jepun akan memuktamadkan Memorandum Kerjasama dalam tiga bidang melibatkan industri pesawat, pekerja mahir serta belia dan sukan.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan