30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Lagi kes terjun Jambatan P. Pinang dalam tempoh 12 jam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LAGI kes terjun di Jambatan Pulau Pinang!!

Kali ini, seorang wanita bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 8.0 arah pulau menghala ke Perai dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa berusia 22 tahun dikatakan telah meninggalkan sebuah kereta Perodua Axia berwarna jingga bersama barangan peribadi di tepi tembok jambatan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.39 pagi tadi dan tiba ke lokasi kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya mendapati wanita terbabit telah bertindak terjun ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.

“Mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut.

“Tindakan anggota bomba membuat pemantaun dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dikhuartiri telah dihanyutkan oleh arus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Kosmo!.

Baca juga:   Lelaki maut selepas lapan jam dipercayai bakar diri

Jurucakap itu memberitahu lagi, operasi tersebut ditangguhkan sementara dan akan disambung pada pukul 8 pagi ini. Laporan terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Terdahulu, media melaporkan, seorang wanita muda berusia 27 tahun ditemui selamat oleh nelayan pantai selepas bertindak terjun dari kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau di sini kira-kira pukul 2.40 petang semalam.

Mangsa juga telah meninggalkan motosikal jenis KTNS Rhino 125 di tepi tembok jambatan terbabit.

Baca juga:   KPM berusaha kurangkan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah

Wartawan

Terkini

Siti Nur Atiqah menyamar pegawai KDN, ditahan

WANITA yang menyamar sebagai Pengarah Kewangan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhirnya ditahan polis, semalam. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah...

Lagi Artikel Berkaitan