25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Johor hadiah RM8,000 buat atlet karate pekak Yilamaran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Johor akan menghadiahkan RM8,000 kepada atlet karate pekak negara, V.Yilamaran atas kejayaan beliau mengharumkan nama negeri dan negara di persada dunia.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemberian itu sebagai tanda penghargaan kepada Yilamaran yang merupakan anak kelahiran Johor.

“Tahniah. Setinggi-tinggi tahniah kepada atlet negara, Yilamaran a/l Vispalingam yang meraih pingat Perak acara Kumite bawah 84kg pada kejohanan Karate Deaflympic di Brazil.

“Atlet kelahiran Johor itu menempa sejarah tersendiri apatah lagi ini pertama kali negara mengambil bahagian acara itu di peringkat dunia dan merangkul pingat untuk kontinjen Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Ujar Onn Hafiz lagi, kejayaan membanggakan itu tentunya menjadi pembakar semangat buat seluruh Bangsa Johor untuk sentiasa berusaha meraih kejayaan dalam apa jua yang kita lakukan.

Yilamaran berjaya menghadiahkan pingat pertama pada temasya Sukan Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil, semalam (awal pagi Selasa di Malaysia).

Atlet berusia 22 tahun itu merangkul perak selepas tumpas kepada Makhno Oleksanr dari Ukraine pada aksi final.

Malaysian Deaf Sports Association dalam satu hantaran di Facebook semalam menyatakan Atlet Karate Pekak negara, Yilamaran menjadi wira Pekak negara apabila meraih pingat Perak di final dalam acara Kumite -84kg dalam kejohanan berkenaan.

Ketua Kontinjen Pekak negara, Ong Shin Ruenn yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir bersejarah itu berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian Yilamaran kerana ini adalah penyertaan sulung atlet karate tersebut di Sukan Deaflympic dan berjaya meraih pingat Perak.

Dengan kenangan pada hari pertama kontinjen Pekak negara beraksi di Deaflympic Brazil kontinjen negara berpeluang menambah lagi jumlah kutipan pingat menerusi sukan lain iaitu badminton, basikal dan olahraga.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan