31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Covid-19: Kes kembali menurun catat tiga angka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KES Covid-19 semakin menurun di negara ini dengan terkini tiga digit dilaporkan semalam iaitu sebanyak 922 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, satu kes import mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan dengan jumlah keseluruhan kes kumulatif 4,451,781 kes.

Sebanyak 5,520 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,384,384 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (429 kes), Kuala Lumpur (120 kes), Pulau Pinang (83 kes), Negeri Sembilan (58 kes), Perak (41 kes), Johor (35 kes), Sarawak (31 kes), Melaka (28 kes), Putrajaya (26 kes) dan Kedah (22 kes).

“Seterusnya, Pahang (19 kes), Sabah (12 kes), Terengganu (sembilan kes), Kelantan (tujuh kes), Perlis (satu kes) dan Labuan (satu kes),” kongsi data berkenaan hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,564 kes serta lima kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,528 kes.

Baca juga:   Anwar tuntut Ahli Parlimen Pendang mohon maaf

Sebanyak 31,833 kes aktif dilaporkan melibatkan 30,821 kes dikuarantin di rumah, 14 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 929 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 46 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Arab Saudi hadiah 35 tan kurma, al-Quran untuk Malaysia

KERAJAAN Arab Saudi hari ini menyampaikan sumbangan 35 tan kurma di bawah program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja...

Lagi Artikel Berkaitan