27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Ismail Sabri tolak kemungkinan PRU-15 lebih awal

Masa dianggap belum sesuai memandangkan berlaku kenaikan harga barang dan peningkatan inflasi

Mesti Baca

HARAPAN pihak-pihak tertentu untuk melihat Parlimen dibubar dengan secepat mungkin hanya tinggal harapan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal.

Dalam wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini, Perdana Menteri menganggap pada masa ini tidak sesuai untuk diadakan PRU-15 memandangkan kenaikan harga barang makanan dan kos sara hidup yang berkaitan.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau masih menunggu waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.

Beliau berkata, kenaikan harga barang makanan serta kos sara hidup itu, dilihat berpunca dari ketegangan yang berlaku di peringkat global akibat peperangan antara Rusia dan Ukraine.

“Kita sekarang sedang menghadapi peningkatan inflasi, dengan harga barangan yang melambung tinggi… awak rasa ia waktu yang sesuai (untuk adakan pilihan raya?,” katanya seperti dilapor Astro Awani yang memetik laporan Nikkei.

Ismail Sabri, yang juga merupakan Naib Presiden dalam UMNO, didakwa sedang menghadapi tekanan dari pihak tertentu dalam parti, bagi membubarkan Parlimen lebih awal.

Baca juga:   PM lancar Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Menurut laporan media terdahulu, Bank Negara Malaysia mengunjurkan kenaikan inflasi antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus tahun ini, dengan kenaikan harga barangan sekitar 4.3 peratus.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, perbubaran Parlimen tidak boleh dilakukan melebihi tempoh yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan (Ogos 2023), tetapi untuk mengadakannya lebih awal bergantung kepada situasi semasa.

Baca juga:   PM, pembangkang capai kata sepakat berhubung beberapa isu

“Insya-Allah saya akan membuat keputusan bila waktu yang sesuai,” katanya lagi.

Ismail Sabri berkata, beliau adalah seorang yang patuh kepada kehendak parti, dan akan menurut keputusan UMNO serta Kabinet dalam soal pembubaran Parlimen.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO Mac lalu, UMNO telah membuat keputusan agar Parlimen dibubarkan dengan segera bagi membolehkan PRU-15 diadakan.

Mereka menilai, ini adalah masa yang sesuai memandangkan tempoh perjanjian persefahaman antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) akan berakhir pada akhir Julai manakala keadaan parti-parti pembangkang didakwa dalam keadaan lemah.

Bagaimanapun, Ismail Sabri memohon agar beliau berbincang dengan Presiden, Timbalan Presiden dan dua lagi Naib Presiden parti bagi membincangkan isu pembubaran Parlimen.

Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga telah memutuskan bahawa Ahli Parlimen Bera itu akan kekal sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-15. – Edisi 9

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan