33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

Festival Guru Malaysia 2022 berlangsung meriah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menyifatkan Festival Guru Malaysia (FGM) 2022 yang berlangsung selama selama lima hari di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini bermula Khamis lalu sebagai meriah.

Beliau berkata, kemeriahan itu dapat dirasai apabila warga pendidik, pelajar dan orang ramai menghadiri FGM yang kali pertama dianjurkan secara besar-besaran selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, selepas dua tahun serangan COVID-19 dan tidak dapat dianjurkan, saya lihat penganjuran FGM 2022 berjalan dengan baik.

“Situasi itu dapat dilihat semalam apabila kita menerima 600 penyertaan untuk program Kayuhan Ceria Hari Guru.

“Jumlah itu tidak termasuk mereka yang tidak membuat pendaftaran tetapi berkayuh bersama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-51 di UMK Bachok, Kelantan yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Baca juga:   Lebih 50 orang awam dibunuh anggota militia di Congo

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Radzi turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2022 kepada Datuk Dr. Adi Badiozaman @ Badio Zaman Tuah dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022 kepada Roslan Yatim.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, lebih menggembirakan FGM turut diserikan dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang merupakan manifestasi tanda terima kasih kepada warga pendidik di atas sumbangan bakti yang telah dihulurkan dalam melahirkan modal insan terbaik kepada negara.

Baca juga:   Mahdzir akan guna pengalaman perkasa masyarakat luar bandar

Katanya, sumbangan warga pendidik kepada negara tidak terhitung nilai dalam membangunkan modal insan.

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan