31 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

10 stesen minyak disiasat jual RON95 kepada warga asing

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEPULUH stesen minyak di Johor Bahru disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 susulan penjualan petrol bersubsidi kepada kenderaan asing dari negara jiran.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, ia berdasarkan aduan diterima daripada orang ramai berkaitan isu itu selepas pembukaan sempadan negara pada 1 April lalu.

Menurutnya, pihaknya juga menjalankan pemeriksaan berterusan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat stesen minyak lain yang masih melakukan kesalahan itu.

“Pemantauan dilakukan pihaknya mendapati isu berkenaan semakin berkurangan susulan pelbagai langkah dilakukan KPDNHEP mahupun pengusaha stesen minyak.

“Kami menasihati mereka lebih peka bagi mengelakkan perkara sama berulang.

“KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik stesen minyak yang gagal memantau penyalahgunaan RON95 mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, KPDNHEP turut menjalankan pemantauan di stesen minyak di sempadan Johor dengan radius 25 kilometer termasuk di Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Skudai bagi memastikan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak menyalah guna RON95.

Baca juga:   RFID mahal: Kerajaan tunggu laporan lengkap PLUS, TNG

Terdahulu, tular di media sosial rakaman beberapa kenderaan bernombor pendaftaran Singapura mengisi petrol RON95 yang dipercayai di stesen minyak sekitar bandar raya Johor Bahru.

Ia susulan pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura yang membolehkan pengembara dari republik itu memasuki negara ini sama ada menerusi Tambak Johor atau SecondLink di Tanjung Kupang, Iskandar Puteri.

Baca juga:   RFID mahal: Kerajaan tunggu laporan lengkap PLUS, TNG

Larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Ogos 2010.

Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my, WhatsApp di talian 019-2794317 atau talian bebas tol 1-800-886-800.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Izinkan pemulihan segera Malaysia, pesan Najib

RAKYAT diminta izinkan pemulihan segera Malaysia biarpun adanya perasaan benci terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu...

Lagi Artikel Berkaitan