26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Cadang KTMB teruskan tren khas Tumpat-KL-Tumpat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Kelantan mencadangkan supaya perkhidmatan Tren Khas Ekspres Keluarga Malaysia dari Tumpat- Kuala Lumpur-Tumpat oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diteruskan pada masa depan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, inisiatif mewujudkan perjalanan khas kereta api dari Tumpat ke Stesen KL Sentral dan kembali semula ke Tumpat semasa Aidilfitri dapat mengelakkan pengguna daripada berdepan kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut wajar diteruskan pada musim perayaan lain, malah boleh diteruskan sepanjang masa.

“Orang Kelantan memang suka balik kampung, jadi untuk kepentingan, keselesaan dan keselamatan rakyat, kerajaan mencadangkan kepada KTMB supaya meneruskan perkhidmatan Tren Khas Ekspres Keluarga Malaysia iaitu bukan hanya pada musim perayaan.

“Cadangan boleh diteruskan mungkin bagi perjalanan seminggu sekali atau sebulan sekali bagi membantu anak-anak perantau mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas menggunakan kenderaan sendiri di laluan biasa di jalan raya,” katanya lapor Sinar Harian.

Baca juga:   Tiada mesyuarat MKT, surat pelucutan keahlian Hisham palsu

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Tren Khas Ekspres Keluarga Malaysia di Stesen Wakaf Bharu semalam.

Menurut Ahmad, cadangan itu dibuat susulan permintaan tinggi dan sambutan luar jangkaan daripada rakyat Kelantan terhadap perkhidmatan Tren Khas Ekspres Keluarga Malaysia yang berlepas dari Tumpat ke Stesen KL Sentral pada jam 11.07 malam tadi.

“Saya difahamkan sebanyak 803 tiket terjual dan melebihi 696 tempat duduk yang ditawarkan dengan ada penumpang yang turun naik di beberapa sektor di sepanjang laluan.

Baca juga:   Kelantan salur bantuan khas RM1,500 urus jenazah bagi B40


Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan