28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

1,372 jangkitan baharu, lima kes import

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA terus merekodkan kes pulih melebihi kes harian dengan 1,372 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan semalam.

Dengan pertambahan kes harian tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah sebanyak 4,456,736 kes sejak wabak itu bermula.

Menerusi data yang dikeluarkan di portal COVIDNOW, daripada kes baharu itu, lima merupakan kes import manakala 1,367 lagi adalah kes tempatan.

Pada masa sama, terdapat 3,610 kes pulih dan jumlah kes aktif di negara ini sebanyak 23,276 kes setakat ini.

95.1 peratus atau 22,146 individu sedang menjalani kuarantin di rumah, manakala 0.1 peratus atau 19 orang jangkitan aktif sedang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC).

4.4 peratus kes aktif atau 1,074 individu dimasukkan ke hospital.

Daripada jumlah itu, 86 daripadanya ditempatkan di unit rawtan rapi (ICU) dan 46 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, mengenai vaksinasi COVIDNOW turut melaporkan, sejumlah 16,041,560 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,973 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,935 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 23,115 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,848 dos pertama, 17,011 dos kedua dan 1,256 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,389,427.-Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan