25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Bola sepak Sukan SEA: Malaysia langkah kanan

Mesti Baca

MALAYSIA memulakan kempen memburu ‘ibu segala emas’ dengan menumpaskan pasukan pilihan, Thailand dalam aksi pembukaan Kumpulan B, bola sepak lelaki Sukan SEA Vietnam di Stadium Thien Truong, sebentar tadi.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain hampir 50 minit nyata dimanfaatkan anak didik Brad Maloney untuk menjaringkan dua gol pada babak kedua selepas ketinggalan pada separuh masa pertama.

Turun berdepan Thailand yang merupakan juara 16 kali, corak permainan Malaysia dilihat sedikit tenggelam dengan lebih banyak menerima asakan berbanding peluang mengatur gerakan.

Tanpa sebarang percubaan dalam 20 minit pertama, peluang terbaik Malaysia hadir pada minit ke-23 menerusi Luqman Hakim Shamsudin namun pemain berkenaan gagal meletakkan bola dalam gawang gol.

Malaysia ketinggalan pada minit ke-33 selepas penyerang Thailand, Patrik Gustavsson berjaya meloloskan diri memperdayakan tiga pertahanan Malaysia menerusi gerakan solo sebelum menolak mudah untuk menewaskan Azri Ghani.

Advertisements

Berselang lapan minit kemudian, Thailand terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanannya, Jonathan Khemdee dilayangkan kad merah kerana mengasari Syahir Bashah yang dilihat berpeluang menjaringkan gol.

Memasuki babak kedua, gol penyamaan yang dicari akhirnya muncul menerusi jaringan Danial Asri yang bijak menyambar hantaran lintang dari ketua pasukan Mukhairi Ajmal pada minit ke-61.

Ketika perlawanan bakal berkesudahan dengan keputusan seri 1-1, pemain Terengganu FC II, Azfar Fikri Azhar memastikan tiga mata penuh buat pasukan selepas menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan.

Keputusan itu membolehkan skuad bimbingan Brad Maloney mengungguli Kumpulan B dengan tiga mata dan bakal menentang Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan menutup kempen peringkat kumpulan berdepan Kemboja pada 16 Mei.

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan