31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bukan kes cacar monyet tapi cacar air – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan kes yang disyaki jangkitan cacar monyet di negara ini adalah tidak benar.

Menerusi perkongsian di Twitter, Khairy menjelaskan berdasarkan hasil laporan makmal, dua daripada tiga kes yang disyaki itu adalah cacar air.

“Manakala satu lagi adalah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

“Kemas kini tentang cacar monyet: Kita sudah dapat keputusan makmal daripada tiga kes disyaki. Dua disahkan cacar air. Satu HFMD,” tulis Khairy dalam hantaran terkini di akaun Twitter.

Sebelum ini, Khairy menegaskan Malaysia sudah bersedia menghadapi kemungkinan kemasukan kes cacar monyet dengan pelan strategik dan langkah kesihatan sewajarnya.

Ini termasuklah tatacara pengesanan, ujian sampel, siasatan, pengurusan kes serta kontak rapat serta langkah pencegahan dan kawalan bermula di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara.

Pada masa sama, ciri baharu MySejahtera akan mula digunakan membabitkan pengembara dari negara endemik cacar monyet dan negara bukan endemik, di mana mereka akan menerima pop-up amaran kesihatan.

Pengembara ini akan diingatkan untuk memantau simptom berkaitan selama 21 hari kerana tempoh inkubasi cacar monyet adalah sekitar tiga minggu.

Beliau bagaimanapun menegaskan KKM belum mempunyai perancangan untuk melaksanakan program imunisasi cacar monyet secara besar-besaran seperti program vaksinasi COVID-19, sebaliknya hanya imunisasi bersasar untuk kontak rapat serta petugas kesihatan. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan