28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Arwah mak corakkan hidup saya – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ibunya Allahyarham Wan Jah Wan Mamat banyak mencorakkan hidupnya agar menjadi insan yang berbakti kepada seluruh Keluarga Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, sebagai anak kampung yang serba kekurangan namun arwah ibunya telah berjaya menyempurnakan dan membahagiakan beliau serta adik beradiknya yang lain.

“Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.

“Arwah mak, Allahyarhamah Wan Jah Wan Mamat, banyak mencorak hidup saya agar dapat menjadi insan yang berbakti kepada seluruh Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sempena Hari Ibu hari ini.

Ujar Ismail Sabri lagi, arwah Wan Jah telah mendidik beliau dan adik beradik dengan penuh kasih sayang.

“Kelembutan dan keikhlasan arwah mak dalam membesarkan anak-anak dengan begitu tabah sekali,” kongsinya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada arwah ibunya atas segala jasa yang dicurahkan.

“Terima kasih mak atas segala jasa yang dicurahkan… yang tidak mampu insan bergelar anak membalas jasa mak.

“Buat anak-anak di luar sana, berilah kasih sayang sepenuhnya kepada ibu semasa masih ada,” katanya.

Menurut beliau, jasa ibu tidak terbalas, wang ringgit bukan segala-galanya tetapi kasih sayang dan perhatian memadai menjadi pengubat hati yang penuh kerinduan.

“Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu di seluruh dunia,” katanya.-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan