28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Polis siasat anggota trafik iring anak Ahli Parlimen

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Pulau Pinang membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggotanya susulan video anggota polis trafik mengiringi orang awam dipercayai anak seorang Ahli Parlimen yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan.

Menurutnya, semalam kira-kira pukul 8.36 malam, telah terkesan satu rakaman video tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun @anwarazeez menerusi Facebook.

”Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.

Advertisements

”Pihak PDRM Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi klip video berkenaan, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen yang juga pemimpin bahagian sebuah parti politik.

Paparan video berkenaan mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati dengan individu berkenaan yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan di Pulau Pinang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan