27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Agong berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana Putrajaya hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka di Seri Perdana pada kira-kira 11.30 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya diiringi ke bilik santapan khas untuk bersantap juadah tradisi ala desa.

Majlis dengan tema Raya Keluarga Malaysia, Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri itu merupakan rumah terbuka pertama dihoskan Datuk Seri Ismail Sabri selepas dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos 2021 dan barisan Kabinet beliau.

Dianggarkan lebih 100,000 Keluarga Malaysia hadir berhari raya dan mula beratur di perkarangan Laman Sari, Seri Perdana sejak jam 9 pagi.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri sudah dua tahun tidak dapat diadakan kerana pandemik COVID-19.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 5 Jun 2019 di Seri Perdana dan dihoskan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan Kabinet beliau.-Bernama

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan