29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Agong berkenan bertemu Presiden baharu UAE

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang baharu, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di Istana Mushrif Abu Dhabi semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Istana Presiden itu kira-kira pukul 12 tengah hari waktu tempatan diterima oleh Presiden UAE.

“Turut hadir di pertemuan tersebut Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum; Pemerintah Fujairah, Sheikh Hamad Mohammed Al Sharqi; Pemerintah Syarjah, Sheikh Sultan Al Mohamed Al Qasimi dan Menteri-Menteri Kabinet UAE yang lain.

“Dalam pertemuan hampir satu jam ini Seri Paduka Baginda berkenan menyampaikan titah salam takziah kepada Presiden dan Kerajaan UAE, seterusnya mengucapkan tahniah di atas pelantikan Sheikh Mohamed sebagai Presiden dan Ketua Negara UAE yang baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Abu Dhabi pada 15 Mei lalu untuk bersama-sama ketua-ketua negara dan kerajaan lain untuk memberi penghormatan terakhir kepada mantan Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, Almarhum Sheikh Khalita Zayed Al Nahyan.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mantan Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi itu serta mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat Allah S.W.T serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Menurut beliau, Seri Paduka Baginda menyifatkan pemergian Almarhum Sheikh Khalifa sebagai kehilangan besar kepada rakyat UAE dan negara-negara Arab serta menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Almarhum sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu.

Ujar beliau, Al-Sultan Abdullah bertitah Malaysia dan UAE mempunyai hubungan dua hala yang amat rapat dan mesra di pelbagai peringkat termasuk kedua-dua pemimpin dan sesama rakyat.

“Seri Paduka Baginda turut bertitah bahawa hubungan dua hala yang sedia ada terjalin antara kedua-dua negara akan terus dipertingkatkan khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan