33.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 1, 2022

1,697 kes baharu, Selangor catat kes tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan kes baharu COVID-19 semalam merekodkan sebanyak 1,697 kes dengan semuanya membabitkan penularan tempatan.

Menurut data dalam laman sesawang COVIDNOW, tiga negeri mencatat angka harian tiga digit tertinggi yang menyaksikan Selangor mendahului dengan 707 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur (370) dan Pulau Pinang (151).

Seterusnya, Perak melaporkan 78 jangkitan baharu, Johor (69), Negeri Sembilan (50), Sabah (48), Kedah (47), Melaka (39), Putrajaya (38), Pahang (36), Sarawak (25), Terengganu (20), Kelantan (15) dan Labuan (empat).

Perkembangan itu menjadikan jumlah individu dijangkiti COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,479,809 kes.

Dalam pada itu, lima korban baharu COVID-19 dilaporkan, semalam, termasuk satu kes di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia sekali gus membawa kepada jumlah 35,620 kematian, setakat ini, termasuk 7,543 kes adalah pesakit COVID-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Baca juga:   Kes aktif COVID-19 terus berkurangan, hanya 4,217 dilaporkan

Ketika ini, terdapat 30,879 kes aktif dengan 29,693 (96.2 peratus) sedang menjalani sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, 1,123 kes sedang menerima rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (23), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (22), serta ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (18).

Data yang sama turut menunjukkan 1,548 pesakit sembuh, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 4,413,310 kes.-Edisi 9

Baca juga:   Kemelut Perak selesai selepas Zahid minta maaf, Shaarani bakal MB

Terkini

Rakyat pulang ke tanah air tidak perlu isi pas pengembara

RAKYAT Malaysia yang pulang ke negara ini tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera...

Lagi Artikel Berkaitan