28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 15, 2024

Laluan alternatif sejauh 64 km elak Terowong Menora akan dibina

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perak bersetuju dengan cadangan membina jalan pintas sebagai laluan alternatif kepada kenderaan supaya tidak melalui Terowong Menora di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, sebagai mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan membina laluan pintas sejauh 64 Kilometer (km) bermula dari susur keluar Gopeng melalui Seputih sebelum keluar di Kuala Kangsar itu sudah diluluskan kabinet bulan lalu untuk membina.

“Kerajaan negeri menerima satu cadangan daripada pihak swasta untuk membina jalan pintas yang tidak melalui Terowong Menora.

“Jaraknya panjang sedikit tetapi masa yang diambil sama kerana (laluan) tidak perlu mendaki bukit. Kerajaan negeri bersetuju untuk menyokong cadangan berkenaan,” katanya pada pemberita seperti dilaporkan Harian Metro ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Negeri Perak, di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri susulan kekerapan kejadian kemalangan jalan raya berhampiran Terowong Menora termasuk yang terbaru mengakibatkan lima penuntut rentung baru-baru ini.

Advertisements

Saarani berkata, tujuan asal pembinaan adalah mengurangkan risiko berlakunya kemalangan kerana laluan berbukit, kesesakan dan laluan menurun yang agak curam di terowong itu.

“Kurangnya kesesakan itu akan mengurangkan jumlah kemalangan,” katanya.

Menurutnya, ketika ini, syarikat berkenaan sedang mencari pembiaya dalam tempoh dua tahun ini untuk membolehkan projek pembinaan berkenaan dilaksanakan.

“Apabila syarikat sudah dapat pembiaya, kita akan membuat pengambilan tanah dan pembinaan akan dimulakan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Industri biojisim di Malaysia perlukan peneraju khusus

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES BERDASARKAN data terkini daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Malaysia kini berupaya menghasilkan...

Lagi Artikel Berkaitan