24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Seorang Adun di Kelantan rugi lebih RM80,000 ditipu Macau Scam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kelantan ‘berputih mata’ apabila mengalami kerugian RM84,529 selepas terperdaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kelantan, Asisten Komisioner, Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 57 tahun itu menyedari ditipu selepas mendapati baki simpanan dalam dua bank miliknya berkurangan ketika membuat semakan semalam.

Beliau berkata terdahulu, mangsa menerima satu panggilan daripada suspek lelaki menyamar sebagai pegawai LHDN Melaka yang mendakwa mangsa mempunyai satu kes tunggakan bayaran cukai sebanyak RM52,900.78.

“Suspek mendakwa cukai tersebut disebabkan daripada kemasukan wang tunai sebanyak RM 200,000.00 kepada akaun syarikat dikatakan milik mangsa, namun mangsa menafikan dakwaan tersebut. 

“Panggilan telefon itu kemudiannya disambungkan kepada dua suspek berikutnya yang menyamar sebagai anggota dan pegawai polis bergelar ‘Datuk’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Advertisements

“Semasa perbualan bersama ‘Datuk Puan Jasmine Kaur’, mangsa diminta untuk mengesahkan akaun-akaun miliknya dengan mengisi pautan Bank Negara melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Wazir berkata, mangsa menyedari ditipu selepas pergi ke dua buah bank untuk menyemak baki akaun dan membuat kad baharu.

“Semalam, mangsa telah pergi ke Bank Islam Kota Bharu untuk menyemak baki akaun dan membuat kad baharu. Mangsa dimaklumkan oleh pegawai bank bahawa baki akaun bank miliknya telah berkurangan sebanyak RM71,480.

“Mangsa juga ke Bank Muamalat Kota Bahru untuk membuat kad bank baharu dan dimaklumkan bahawa baki dalam akaun bank miliknya telah berkurangan sebanyak RM13,049 melalui dua pengeluaran iaitu pada hari Sabtu (9 April),” katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa telah membuat laporan polis di bu Pejabat Polis Daerah (IPD) tengah hari tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan