27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tentera Israel tembak mati remaja Palestin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TENTERA Israel membunuh seorang remaja lelaki Palestin di bandar Jenin di Tebing Barat pada Rabu dalam operasi yang didakwanya menentang pihak yang bermusuhan dengan rejim Zionis.

Tentera rejim Zionis berkata, semasa operasi dilakukan di kem pelarian Jenin, ia mengakui menggunakan peluru hidup ke atas penduduk Palestin itu.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti lelaki yang terbunuh itu sebagai Ahmad Massad, 18, dari kampung Burqin di utara Tebing Barat yang dijajah Israel.

Ahmad ditembak di kepala, kata seorang pegawai hospital kepada agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

Tentera Israel berkata, seramai 12 orang telah ditangkap dalam serbuan yang diadakan di beberapa lokasi di Tebing Barat.

Advertisements

Kelab Tahanan Palestin meletakkan jumlah tangkapan seramai 17 orang.

Lebih 1,000 orang berkumpul untuk pengebumian Ahmad di Burqin manakala lelaki bersenjata bertopeng melepaskan tembakan ke udara ketika jenazahnya dibawa dari rumah keluarganya.

Kematian Ahmad berlaku selepas seorang lagi penduduk Palestin terbunuh pada Selasa lalu apabila tentera Israel menyerbu kem pelarian Tebing Barat berhampiran Jericho. – Agensi


Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja...

Lagi Artikel Berkaitan