32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 12, 2025

‘Ini hari raya tuan IGP, carilah masa lain’ – Zaid Ibrahim

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) digesa mencari masa lain untuk menahan pengguna jalan raya yang dikesan memiliki waran tangkap lampau atau saman tertunggak berkaitan kesalahan trafik di luar musim perayaan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim membuat gesaan itu susulan pengumuman PDRM pada Selasa lalu yang akan menahan pengguna jalan raya dikesan memiliki waran tangkap lampau sepanjang Op Selamat bermula 29 April hingga 8 Mei depan.

Menerusi akaun Twitternya, Zaid mempersoalkan tindakan PDRM yang merancang gerakan berkenaan ketika musim perayaan Aidilfitri yang bakal diraikan pada 3 Mei ini.

“Setiap kali musim perayaan, apabila pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan yang teruk, ketika itu polis membuat sekatan jalan.

Advertisements

“Berapa banyak lagikah hukuman yang mesti dihadapi pengguna ini? Tidak bolehkan saman mereka dipos atau cari masa lain untuk menahan mereka? Ini hari raya tuan IGP (Ketua Polis Negara),” ciapnya.

Selasa lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dipetik berkata, sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat, individu yang memiliki waran tangkap akan dibawa ke balai polis berhampiran manakala yang memiliki saman tertunggak pula akan diminta menjelaskan saman mereka.

Menurutnya, polis akan mengoptimumkan penggunaan alat pengesanan had laju In-Car Radar di sepanjang lebuh raya dan jalan raya utama sepanjang Op Selamat itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia bakal miliki kapal baharu buatan Turkiye

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menerima sebuah kapal induk baharu buatan Turkiye sebagai langkah strategik memperkukuh keupayaan...

Lagi Artikel Berkaitan