29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tahanan lari dari depot sudah sampai ke Selayang – JIM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) mengesan pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Kedah pada 20 April lalu kini berada di sekitar Selayang, Selangor.

Bagaimanapun, Ketua JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya sedang mengenal pasti lokasi sebenar tahanan berkenaan sebelum tindakan diambil.

“Berdasarkan maklumat yang diterima berkemungkinan pelarian itu dibantu komuniti mereka sendiri untuk membawa tahanan yang lolos ke kawasan Selayang.

“Kita percaya ada di antara mereka yang tahu mengenai selok-belok Selayang dan Kuala Lumpur kerana mereka pernah tinggal di kawasan ini,” katanya ketika ditemui selepas serbuan di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, setakat ini tahanan yang masih bebas ialah seramai 61 orang dan pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih giat memburu pelarian yang masih bebas.

Advertisements

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang bersama JIM dalam melakukan pencarian bagi mengesan saki-baki tahanan yang melarikan diri dari pusat tahanan terbabit,” katanya.

Dalam kejadian berkenaan, 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Bagaimanapun, 467 orang berjaya ditahan semula setakat ini manakala bakinya sedang diburu polis.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan