Friday, July 24, 2026

3,471 kes baharu, catat sedikit peningkatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID-19 negara mencatatkan peningkatan kes semalam, apabila 3,471 kes direkodkan semalam berbanding 3,361 kes hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 3,444 kes (99.22 peratus) adalah kategori satu dan dua.

“Manakala 27 kes (0.78 peratus) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Daripada 27 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 27 April 2022, 5 kes (18.52 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“Sementara, sebanyak 13 kes (48.15 peratus) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 9 kes (33.33%) telah menerima dos penggalak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 13 kes (48.15 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 14 kes (51.85 peratus) mempunyai komorbid.

Menerusi data sama yang dilaporkan, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 98 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 63 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 6,900,” katanya.

Ujar beliau lagi, semalam, dua kluster baharu direkodkan, dengan 91 kluster masih aktif.

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.70, dengan putrajaya mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.05.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan