27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

MARA taja 1,500 pelajar ke luar negara tahun ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meneruskan program penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara seramai 1,500 orang tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, program penghantaran pelajar itu membabitkan beberapa bidang tertentu.

“Mara meneruskan usaha untuk memberi tajaan dan biasiswa serta pinjaman kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk belajar dalam bidang-bidang tertentu di luar negara.

“Program tajaan, biasiswa dan pinjaman MARA ini sudah berusia 50 tahun,” katanya selepas Program Ceria Ke Sekolah dan Majlis Perasmian Projek Baiti Jannati TNB di Kolej MARA di Kuala Nerang, Kedah, petang semalam.

Turut hadir, Pemangku Pengurus Besar State Stakeholder Utara, Johari Lamsi.

MARA jelas Mahdzir, tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan penghantaran pelajar ke luar negara ketika pandemik Covid-19 memuncak dua tahun lalu kerana kelas pengajian dilaksanakan secara atas talian.

Baca juga:   Kerajaan lulus kenaikan kadar elaun sara hidup pelajar Mara

“Sekarang tidak ada masalah, dahulu pun tidak ada masalah sebab dia belajar melalui online, cuma kos kita rendah kerana dia tidak pergi lagi ke universiti itu tetapi dia belajar secara online.

“Ditanya mengenai pembayaran balik wang tajaan kepada pelajar, Mahdzir berkata MARA tidak mempunyai masalah berkaitan pembayaran balik,” katanya.

MARA juga tambahnya, tidak menetapkan pelajar tajaannya pulang bekerja dengan agensi tersebut.

Sebaliknya pelajar tajaannya yang menamatkan pengajian di luar negara bebas memilih kerjaya di mana-mana syarikat atau agensi.

Baca juga:   USIM benarkan 70 peratus pelajar pulang ke kampus 21 Mac

Ketika ini, sejumlah 3,391 orang pelajar tajaan MARA sedang melanjutkan pengajian di 24 buah negara di seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, 1,422 orang pelajar berada di United Kingdom.

Sementara itu pada majlis berkenaan, Mahdzir menyampaikan bantuan Program Ceria Ke Sekolah TNB kepada 257 pelajar Tingkatan Enam daripada tiga buah sekolah di daerah Padang Terap.

Manakala dua buah keluarga miskin dari Kampung Kuala Tekai, Pedu, menerima kunci rumah kediaman di bawah Projek Baiti Jannati TNB.-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan