27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rohingya lari dari depot, 528 berjaya ditangkap semula

527 tahanan depoh imigresen sementara di Sungai Bakap lolos

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GERAKAN mencari dan menangkap 528 tahanan etnik Rohingya yang lari dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi ini, sedang giat dijalankan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, gerakan itu dilakukan dengan kerjasama polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan bantuan orang ramai.

Kata beliau, sehingga jam 10 pagi ini seramai 362 orang tahanan berjaya ditangkap semula, manakala gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan.

“Seramai 528 orang tahanan etnik Rohingya telah melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

“Mereka melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan jeriji.

Pegawai bertugas telah mengaktifkan SOP dengan menghubungi polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dalam kejadian itu, mereka dikatakan merusuh sebelum melepaskan diri dari depot tahanan tersebut.

Khairul Dzaimee meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan tahanan yang lari itusupaya memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia atau polis.

Terdahulu, seramai 527 tahanan depoh imigresen di Sungai Bakap Bandar Baharu, dekat sini, meloloskan diri pagi tadi.

Difahamkan kesemua tahanan yang dipercayai warga Rohingya itu meloloskan diri awal pagi tadi selepas berlaku rusuhan.

Satu sidang media berhubung kejadian akan dibuat Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam tempoh terdekat.-Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan